Tuesday, 9 September 2014

HSG @ KPJ Damansara


Setelah 3rd year 5 months usia perkahwinan, akhirnya aku tawakal untuk memulakan salah satu ujian kesuburan utk menguji keadaan tiub yang dipanggil ujian HSG.. Huh memang perasaan seram, takut, ngeri bercampur aduk. Tetapi... Disebabkan demi usaha utk mendapatkan zuriat pertama aku sanggup  walau sesakit mana sekalipun rawatan ini, akan kutempuhi...

Tanggal 28 august 2014 (cd10) aku telah menjalankan ujian HSG di KPJ Damansara dgn ditemani insan tersayang dunia dan akhirat. Sekitar jam 2.30pm appoinment, akhirnya aku selesai menjalan ujian HSG. Ujian selama 15 minit ini agak sakit, sakitnya seperi sengugut yang teruk. Tetapi, berjaya tahan kesakitannya kerana berkat zikir dan dgn sebutan kalimah Allah semuanya dipermudahkan. Bercerita mengenai keadaan semasa rawatan HSG, aku ditemani oleh 2 orang nurse yang baik dah ramah, ada bersama adalah seorang doktor perempuan yang lemah lembut. Memang berbaloi dengan bayaran rawatan (RM 250) dengan layanan pihak hospital KPJ Danansara.

Alhamdullilah keputusan daripada doktor mengenai tiub aku adalah dlm keadaan normal dan tidak tersumbat. Syukur sgt2 kpd Allah.

Atas nasihat doktor, aku tidak dibenarkan bersama Mr. H (teman sekatil)😜 utk 3 hari. Lagipun, selama 2,3 hari selepas HSG, kelihatan cecair coklet mula keluar dan perut kadang2 terasa senak. Mungkin rakan TTC yang lain pun pernah mengalami gejala spt ini selepas HSG. Berkemungkinan ubat yg dimasukkan adalah boleh membersikan saluran tube. Selepas itu  warna coklat tidak kelihatan. Jika ada yang keluar pun adalah cecair jernih. ( kemungkinan cecair yang keluar adalah kesan daripada proses ovulation)

Sekian... Pengalaman pertama kali HSG, harapan aku kali ini agar dapat zuriat pertama, zuriat yang soleh & solehah, zuriat yang diidamkan selama 3 thn 5 bln.. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment